KUALA KLAWANG - Bermula 27 Mac lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat melancarkan perkhidmatan menghantar aduan kepada beliau dengan cara paling mudah iaitu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dengan hanya menaip ADUN04 diikuti nama pengirim dan kemudian mesej atau aduan yang hendak dikemukakan sebelum menghantar SMS itu ke nombor singkat 32324, ia akan sampai terus kepada Yunus dalam masa yang singkat untuk diambil tindakan. 

 

Nama:
Telefon:

  ©