KUALA PILAH - Selepas empat tahun, penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang kembali menyaksikan wakil rakyat mereka dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) setelah mendapat kepercayaan daripada pucuk pimpinan negeri di bawah pentadbiran Menteri, Besar, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan.

Majlis menerima surat watikah dan taat setia serta upacara angkat sumpah ADUN Klawang, Dato' Yunus Rahmat sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan berlangsung di hadapan Yang Dipertuan Besar, Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman di Balairong Seri, Istana Seri Menanti di sini pada 17 Mac 2008 dengan turut disaksikan oleh Menteri Besar dan wakil-wakil rakyat lain.

Pelantikan Yunus sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang kemudian diberi amanah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri merupakan suatu penghargaan yang besar kepada penduduk Klawang khususnya dan Jelebu amnya.

 

Nama:
Telefon:

  ©