Habibah, Nora tawar diri tanding Ketua, Naib Ketua Wanita

SEREMBAN: Naib Ketua Wanita UMNO Jelebu, Habibah Harun dan Bendahari Wanita UMNO Bahagian, Nora Salleh pada 26 Jun 2008 telah mengumumkan secara rasmi menerusi kenyataan akhbar mengenai menghasrat mereka ingin bertanding jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Jelebu bagi penggal 2008/2011 dalam pemilihan yang dijadualkan pada Oktober atau November 2008.

Klik tajuk untuk kenyataan penuh

Read More...





Azham, Ir. Hazimi tawar diri tanding Ketua, Naib Ketua Pemuda

SEREMBAN: Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Jelebu, Azham Mohamad Raos merangkap Ketua Pemuda UMNO Cawangan Ulu Klawang dan ahli Pemuda UMNO Cawangan Kerangai, Haji Ir. Mohd. Hazimi Mak Tapin pada 4 Jun membuat kenyataan rasmi kepada media mengenai hasrat mereka berdua bertanding jawatan Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jelebu pada pemilihan yang dijadualkan pada Oktober atau November 2008.

• Klik tajuk untuk membaca kenyataan penuh

Read More...





Dato' Razak bertanding, sokong Dato' Yunus ketua

SEREMBAN: YB Dato' Razak Mansor, Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang pada 6 Jun 2008 menerusi satu kenyataan akhbar telah mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu dalam perhimpunan perwakilan Bahagian yang dijadualkan pada antara Oktober dan November 2008.

• Klik tajuk untuk membaca kenyataan penuh

Read More...





Sokong Dato' Razak tanding timbalan
Dato' Yunus sah tanding Ketua UMNO Bahagian

 SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato' Yunus Rahmat pada 3 Jun 2006 telah mengumumkan secara rasmi menerusi kenyataan akhbar bahawa beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Jelebu dalam perhimpunan perwakilan Bahagian yang dijadualkan pada antara Oktober dan November 2008.
   Dalam kenyataan dua muka suratnya itu, beliau turut menyatakan sokongan penuh kepada YB Dato' Razak Mansor untuk bertanding Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu.

Klik tajuk untuk kenyataan penuh

• Klik sini jika ingin membaca Wawasan Dato' Yunus Rahmat selepas menang kerusi DUN Klawang pada PRU12

Read More...





SEREMBAN: Sejak kemudahan menghantar maklumat serta aduan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya menerusi nombor ringkas 32324 disediakan kepada penduduk Klawang khususnya dan rakyat Negeri Sembilan amnya, pada 27 Mac lalu, sambutan terhadap perkhidmatan itu sangat menggalakkan. Saya mendapati sebahagian besar daripada ratusan pengirim SMS yang diterima menyatakan perasaan begitu selesa dan mengalu-alukan perkhidmatan yang disediakan.

Read More...





 KUALA KLAWANG - Bermula 27 Mac lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat melancarkan perkhidmatan menghantar aduan kepada beliau dengan cara paling mudah iaitu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dengan hanya menaip ADUN04 diikuti nama pengirim dan kemudian mesej atau aduan yang hendak dikemukakan sebelum menghantar SMS itu ke nombor singkat 32324, ia akan sampai terus kepada Yunus dalam masa yang singkat untuk diambil tindakan. 

Read More...





 KUALA PILAH - Selepas empat tahun, penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang kembali menyaksikan wakil rakyat mereka dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) setelah mendapat kepercayaan daripada pucuk pimpinan negeri di bawah pentadbiran Menteri, Besar, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan.

Majlis menerima surat watikah dan taat setia serta upacara angkat sumpah ADUN Klawang, Dato' Yunus Rahmat sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan berlangsung di hadapan Yang Dipertuan Besar, Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman di Balairong Seri, Istana Seri Menanti di sini pada 17 Mac 2008 dengan turut disaksikan oleh Menteri Besar dan wakil-wakil rakyat lain.

Read More...
 

Nama:
Telefon:

  ©